Sunday, February 28, 2010

Cara-cara Mendidik Anak Dengan Berkesan

Kita jadikanlah anak-anak kita sebagai kawan yang boleh berbincang dan bersemuka serta berkongsi semua masalah. Ini adalah salah satu cara untuk kita mendekati anak-anak kita. Kita sebagai ibu bapa perlu sentiasa prihatin dengan perubahan tingkah laku anak-anak agar sekiranya berlaku sesuatu yang ttidak disangka kita dapat memperbaikinya secepat mungkin.

Sebagai ibu bapa juga kita perlu tahu bagaimana cara untuk mengatasi masalah anak-anak kita. Kita jangan terus memarahi anak-anak sebelum mengetahui kenapa anak kita berkeadaan sedemikian. Jika berbuat demikian berkemungkinan tingkah laku anak kita lebih teruk lagi. Ibu dan bapa sentiasa memantau keadaan fizikal, emosi dan kognitif anak-anak agar kita dapat memahami anak kita. Walau pun kita sibuk dengan tugas masing-masing janganlah kita mengabaikan nak-anak kita. Bak kata pepatah “belaian dalam ketegasan, lembut tapi tegas”. Iaitu didiklah anak dengan lembut tapi tegas,nanti dia akan memijak kepala kita, jangan bertegas sahaja, nanti dia akan membenci kita. Cuba kita renung kata-kata ini, ia banyak membawa maksud tersirat di sebalik kata-katanya.

Kita boleh memukul anak tapi haruslah tempat, pukul kerana sayang bukan pukul kerana benci. Sekiranya kita terlalu memberi muka kepada anak tengoklah apa yang akan kita dapat nanti. Sekarang ini terdapat pelbagai kes remaja yang terlibat dengan kes lumba haram lah, GRO lah, seks bebas lah. Adakah kita ingin mendengar anak yang kita sayangi dan pelihara dari kecil sampai besar semata-mata untuk memalukan kita. Saya tahu semua ibu bapa tidak ingin anak anda jadi sebegitukan.
Sebenarnya kenakalan anak-anak kita berbeza mengikut jantina dan umur. Anak-anak lelaki lebih nakal dari anak-anak perempuan dan antara lingkungan umur 6 hingga 12 tahun kanak-kanak amat nakal. Kenakalan kanak-kanak terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu nakal kerana hiperaktif, nakal kerana bijak, nakal kerana malas dan nakal kerana suka membuli.

Terdapat beberapa punca kenapa kanak-kanak menjadi nakal. Antaranya kekurangan kasih sayang dan perhatian, terlalu bebas, terlalu dikonkong, terlalu dimanjakan dan faktor sosial atau pensosialan.(huraian satu persatu punca). Terdapat beberapa cara untuk mengatasi kenakalan anak-anak. Salah satu dengan menggunakan pendekatan motivasi melalui ganjaran, dendaan dan amaran. (huraian satu persatu satu).

Anak-anak kita sebenarnya sering bertanya adakah ibu bapa mereka menyayangi mereka. Satu perluahan perasaan dari seorang anak remaja “ibu bapa mengawal dan mengongkong saya, mereka mengharapkan saya sempurna. Apa yang mereka perhatikan hanya sekolah. Dulu mereka memperlakukan saya sebagai seorang anak dewasa, tapi sekarang mereka memperlakukan saya sebagai anak kecil” daripada apa yang saya dengar dari pengluahan remaja ini tidak puas hati dengan tindakan ibu bapa mereka terhadap dirinya. Hal inilah yang boleh membuat membuat anak-anak kita tidak puas hati dengan kita dan boleh menyebabkan kanak-kanak ini mudah terjerumus dengan aktiviti sosial. Cuba kita renungkan adakah kita seperti ibu bapa kepada remaja ini? Jika begitu hanya diri kita sendiri boleh mengubah diri kita sendiri.

Oleh itu kita sebagai ibu bapa perlulah mengambil mengetahui bagaimana cara-cara untuk mendidik anak secara berkesan. Salah satu caranya adalah dengan menyayangi anak-anak anda tanpa syarat, kita sebagai ibu bapa harus seimbang menyayangi anak-anak tanpa memilih kasih. Berikan perhatian dan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak jangan bezakan antara mereka, yang pandai dan kurang pandai jangan bezakan. Anda haruslah terima anak anda seadanya walau pun ia mempunyai kekurangan, contohnya anak seorang yang cacat, berilah kasih sayang sama rata atau pun memberikan lebih perhatian daripada anak-anak yang lain. Sentiasa luangkan masa bersama anak-anak walaupun kita terlau sibuk janganlah mengabaikan anak kita. Seterusnya lakukanlah aktiviti bersama anak-anak di masa lapang contohnya bermain bola bersama anak-anak pada waktu lapang. Oleh itu jadilah seorang ibu dan ayah yang prihatin, penyabar, penyayang, konsisten, fleksibel, ceria dan jujur
PERMATA BUKAN HATI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute