Permata Bukan Hati
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Syukur Alhamdulillah ke hadratNya kerana dengan limpah kurniaNya, aku dapat menyiapkan satu blog yang diberi judul "Permata Bukan Hati". Blog ini dibuat kerana aku bakal menjadi seorang kaunselor suatu hari nanti, InsyaAllah dan demi memenuhi kursus pengajian bimbingan dan kaunseling. Aku harap blog ini dapat disempurnakan dengan sebaik-baiknya InsyaAllah.
Sebelum apa-apa aku ingin mengucapkan kalungan sejambak kasih buat mak, ayah, adik-adik Firdaus Azmi, Nabila Azmi, Siti Khadijah Azmi dan Fuad Azmi serta semua ahli keluarga lain yang tercinta atas sokongan yang tidak henti-henti dan nilai kasih sayang yang diberikan. Amat sempurna dan tiada tolok bandingan. Terima kasih banyak-banyak di ucapkan. Dengan doa kalian, aku dapat berdiri hingga ke tahap ini dan berharap doa mak dan ayah serta keluarga dapat iringi aku hingga mendapat segulung ijazah yang menjadi impian.
Sekalung budi dan setinggi-tinggi penghargaan kepada , pensyarah jabatan bimbingan dan kaunseling serta pensyarah-pensyarah lain yang telah banyak membantu, membimbing serta memberi tunjuk ajar selain dorongan dan sumbangan ilmu yang tidak ternilai harganya dalam mendidik aku hingga ke tahap ini. Terima kasih diucapkan kepada Dr Jazimin, Dr Malik. En Aziz, Dr Noraini,Dr Fauziah,En Zulkifli Mamat, En Mohd Noor, En Anuar, Puan Junainah, Puan Hapsah, Cik Nani, En Taqiuddin dan lain-lain. Ilmu kalian amat bermakna buat diri ini.
Ucapan terima kasih juga buat insan-insan yang bergelar sahabat di Universiti Pendidikan Sultan Idris seperti Abdul Kadir, Bangga, Ahmad Razi, Sham, Ekin Kl, Ekin Sarawak, Miza, Shima, Ani, Hafiz, Khairi, Ali dan sahabat lain yang sentiasa mewarnai setiap inci hidup ini dengan pelbagai warna menarik. Setiap detik bersama kalian adalah anugerah yang amat bernilai dan berharga. Tanpa kalian perjuangan untuk mendapat segulung ijazah Bimbingan dan Kauseling tidak menarik tanpa pengalaman manis, pahit, masam dan sebagainya.
Akhir sekali jutaan terima kasih di ucapkan kepada rakan-rakan dan juga boleh dianggap sebagai adik-beradik yang selama ini telah banyak memberi sokongan dari 9 tahun yang lalu yakni Mohd Thomthowi, Cieut, Farid, Rizuan, Nazrul dan lain-lain. Harap persahabatan kita kekal hingga ke akhir hayat. Tidak dilupakan rakan-rakan rumah yang dikasihi Sabah, K'on, Abe,Jeri dan Awie.
Segala kelemahan datangnya dari diri ini dan segala kekuatan datangnya dari Allah Yang Maha Esa. Semoga ukhwah kita tetap berkekalan buat selamanya. Semoga apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan..... Amin
Apa yang diharapkan agar blog ini menjadi jambatan ilmu buat sesiapa yang membacanya dan untuk menambah pengalaman diri ini yang kerdil.
Percayalah impian akan menjadi kenyataan dengan adanya sekeping hati yang ikhlas, usaha yang berterusan, iringan doa dan sentiasa mengingati Yang Maha Esa....
0 KOMEN:
Post a Comment