Tuesday, January 26, 2010

Pintalan dan Jaringan Kasih

Modul pintalan dan jaringan kasih ini dicipta oleh aku ngan kadir utk menjalankan tgjwb sbg pelaksana makmal dinamika kelompok...




Ahli2 dinamika kelompok meluahkan perasaan masing2...





Semakin kuat ikatan semakin kuat akrab persahabatan yg terjalin...



PINTALAN DAN JARINGAN KASIH.


OBJEKTIF: peserta dapat meluahkan stress yang dihadapi.
: Permulaan pembinaan ikatan yang kukuh antara semua peserta.
: Memupuk ahli kumpulan berani berkomunikasi.
: memberi kesedaran kendiri dan menghargai diri sendiri.

SASARAN: Pelajar tingkatan enam rendah. (70 orang)

ALAT DAN BAHAN: Tali , kotak beracun (kotak yang mengandungi denda personaliti),
muzik.

Mekanisma (30 minit).

1. Peserta akan dibahagikan dalam kumpulan mengikut kretiviti fasilitator.

2. kemudian, setiap kumpulan akan dibekalkan “benang sakti” iaitu sebuku benang dipegang oleh ketua.

3. muzik dimainkan bersama:

4. ketua akan melilit jarinya dengan benang mengikut arahan fasi, fasi akan memulakan arahan dimana setiap peserta dikehendaki meluahkan dua perkara yang menjadi strees pada diri mereka. sambil memintal benang di salah satu jari.

5. pintalan benang akan diteruskan oleh peserta lain dalam kumpulan setelah peserta pertama melepaskan 2 “strees”nya.

6. peserta dikehendaki membaling benang tersebut kepada mana-mana peserta dalam kumpulannya. Peserta akan mengulangi langkah yang sama sehinggalah muzik diberhentikan.dan peserta terakhir akan mendapat peluang mengambil amanah dari kotak beracun.

7. peserta yang bertuah akan memyampaikan amanah dalam kotak beracun di hadapan rakan-rakannya. ( berlakon )

8. fasilitator akan meminta peserta mengulas aktiviti yang telah dilakukan. Kesimpulan akhir akan dijelaskan oleh fasilitator setiap kumpulan.



PERBINCANGAN/ FALSAFAH.

 Dalam menghadapi tekanan hidup bukan kita sahaja yang akan tertekan kerana ada orang lain turun menghadapi masalah yang sama.

 Dengan berkongsi masalah dengan rakan-rakan secara tidak langsung akan membentuk jalinan dan jaringan hubungan serta ikatan kasih yang kita tidak sedari.

 Kita kenalah bersyukur menjadi diri kita kerana untuk menjadi orang lain belum tentu kita boleh melakukannya.

 Hindarkan rasa malu atau rendah diri.

 Lain-lain penambahan dari fasi.



ENERGIZER : “CAPPLICAP”

 Pelajar meniru gerakan yang dibuat oleh kawan sebelah sambil menyanyikan lagu capplicap.

 Daripada aktiviti ini dapat melihat sejauh mana kepekaan dan kecekapan seseorang pelajar berusaha membuat pemerhatian.

0 KOMEN:

Post a Comment

PERMATA BUKAN HATI © 2008. Design by :Yanku Templates Sponsored by: Tutorial87 Commentcute